Sunday, September 13, 2020

Victoria Cupcake dengan Orange Icing


Victoria Sandwich, kek yang sangat popular, ala-ala sponge cake gitu...kek ini ringan dan selalunya di sapu cream dan dilapis dua.

Custard Teacake

Salam pagi minggu,
Salah satu kek paling sedap kegemaran sekeluarga....mudah membuatnya, bahan pun tak susah nak disediakan, cuma anda kena buat custard dulu....

jom kita tengok cara membuat kek yang mudah ini...

Sarak Ikan Kembung


Buku Resepi lama Opah (my mum), dalam tulisan jawi diterbitkan sekitar tahun 50an. Banyak resepi-resepi lama yang mengembalikan nostalgia ketika saya masih kecil. Mak saya rajin masak. Kalau raya mak pasti buat kek dan biskut. Bila saya belek-belek buku ini terdapat banyak resepi yang saya suka waktu zaman kanak-kanak dulu seperti biskut kelapa, biskut peanut butter, sagun, biskut bunga cina, biskut semprit, biskut ovaltine, biskut keju, kek butter dan banyak lagi. Terdapat juga resepi rendang, steak, nasi beriani. kebab ikan, nasi bukhari dan salah satunya adalah resepi ini, pembuka selera untuk hidangan makan tengahhari....

Sarak ikan kembung

5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus atau digiling
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini ke dalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Lebih mudah jika anda menggunakan electrical fryer.

Resepi ini memang agak remeh membuatnya, tetapi berbaloi. Memang sedap.......cubalah.

Terima kasih sudi baca (repost from 2012)

Saturday, September 12, 2020

Cili Kering


Assalam,
Entri kali ni saya nak share beberapa jenis cili kering yang dibeli dari tesco dan kedai runcit berhampiran untuk projek sambal tumis saya ni...tujuan, saja nak lihat perbezaan antara satu cili kering dengan cili kering lain bila dah jadi sambal tumis...mana yang lebih pedas dan yang kurang pedas...selama hari ni saya tak pernah ambil tahu jenis cili kering, main beli jer mana yang dicapai dek tangan....bila nak masak sambal baru perasan....kenapa cili ni warna camni? kenapa yang ni kurang pedas? yang ni cili jenis yang mana?....hmmmmm....

Mini pepperoni and Cheese Pastry


Simple dan mudah dibuat...kudapan ketika tak lapar :)