Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Friday, September 25, 2020

Ikan Tenggiri Masak Kicap

 

Masakan yang sangat mudah, cara yang sama utk masak ayam, daging, seafood dsbnya...

Jom tengok cara saya masak kicap...

Monday, September 21, 2020

Kari Ikan Salmon


Kari kepala ikan salmon...

Resepi ini lain sedikit, saya guna 1/2 cawan tomato puri instead of air asam jawa.....yelah dah ikan pun ikan omputih maka kenalah pandai adjust ingredientnya...kan...

Sunday, September 20, 2020

Rendang Kerang, Petai dan Kacang Panjang

Rendang tak semestinya hanya daging dan ayam, kerang juga sedap dibuat rendang. Caranya sama seperti buat rendang biasa, cuma bahan utama adalah kerang...

Kari Udang dengan Betik Muda


Betik muda pelbagai guna, sedap dijeruk, dicicah dengan cili kicap...tapi bagi saya betik muda sedapp direbus dan dimakan dengan sambal belacan atau dibuat gulai dengan udang, kerang, daging, ikan bilis, dsbnya.

Saturday, September 19, 2020

Tempoyak Patin


Tempoyak Patin, ada orang tak makan ikan patin, tak lalu katanya...tapi sebenarnya jika ikan patin fresh digoreng atau dibuat tempoyak, rasanya memang sedap...

Rendang Kerang Opah


Salah satu resepi kegemaran mak saya iaitu Rendang Kerang....boleh dikatakan setiap kali menjelang raya, mak akan beli berkilo-kilo kerang, rebus dan kopek isinya....memang renyah membuatnya...tapi berbaloi dan menjadi kegemaran ramai :)

Friday, September 18, 2020

Sup Ikan Merah

Sup ikan merah yang mudah dibuat. Saya menggunakan periok tanah (clay pot) kerana aromanya yang enak dan sudah pasti kelainan dari segi rasa (lebih sedap terutama jika masak kari). Clay pot banyak dijual di supermarket seperti Giant, Tesco, Carefour dan kedai-kedai runcit Cina. Banyak kegunaan clay pot dan harganya tidaklah mahal. Untuk saiz ini harganya cuma RM12 di Giant. 

Thursday, September 17, 2020

Asam Pedas Ikan Terubuk Masin


Tokma tak berapa pandai masak asam pedas...kita orang utara bukan orang Melaka :)
Tapi kerana nak makan juga dan terlanjur ada ikan terubuk masin yang datang dari jauh maka saya cuba juga masak berpandukan beberapa resepi dari tenet...

Tuesday, September 15, 2020

Mi Kuah Udang Kepal

Teringat ketika zaman persekolahan saya suka singgah dan makan mee bandung di sebuah gerai yang terletak dibahagian bawah sebuah Emporium di Kelang...

Monday, September 14, 2020

Ikan Jenahak Tumis Cuka

Ikan jenahak masak cuka....sesuai bagi yang berdiet dan mereka yang dalam pantang...

Resepi ni paling mudah....

Sunday, September 13, 2020

Sarak Ikan Kembung


Buku Resepi lama Opah (my mum), dalam tulisan jawi diterbitkan sekitar tahun 50an. Banyak resepi-resepi lama yang mengembalikan nostalgia ketika saya masih kecil. Mak saya rajin masak. Kalau raya mak pasti buat kek dan biskut. Bila saya belek-belek buku ini terdapat banyak resepi yang saya suka waktu zaman kanak-kanak dulu seperti biskut kelapa, biskut peanut butter, sagun, biskut bunga cina, biskut semprit, biskut ovaltine, biskut keju, kek butter dan banyak lagi. Terdapat juga resepi rendang, steak, nasi beriani. kebab ikan, nasi bukhari dan salah satunya adalah resepi ini, pembuka selera untuk hidangan makan tengahhari....

Sarak ikan kembung

5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus atau digiling
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini ke dalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Lebih mudah jika anda menggunakan electrical fryer.

Resepi ini memang agak remeh membuatnya, tetapi berbaloi. Memang sedap.......cubalah.

Terima kasih sudi baca (repost from 2012)