Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Saturday, October 17, 2020

Kari Ikan Bawal Cermin


Untuk tumis rempah kari ini saya guna Thermomix...sangat mudah...
kerana alatan tersebut akan blend bawang2 dan tumis sekali...

Thursday, October 15, 2020

Ikan Kembung Kukus dengan Daun Kemangi


Daun kemangi memang wangi...buat ulam memang sedap...di Indonesia mereka banyak menggunakan daun ini dalam masakan dan sebagai ulam...

Monday, October 12, 2020

Sandwich Tuna dan Telur


Sandwich yang mudah disediakan...digemari oleh sesiapa sahaja...sesuai untuk bekal anak ke sekolah...boleh pelbagaikan bahan untuk filling...

Thursday, October 8, 2020

Lala Tumis dengan Cili Padi

Cara buatnya sangat mudah...

Bersihkan Lala

Tumbuk, beberapa biji cili padi, bawang merah, bawang putih dan halia 

Ketuk serai

Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi, tambah perisa dan garam

Masukkan lala dan daun kunyit...

Kacau beberapa minit dan hidangkan

Jika suka boleh masukkan sos tiram dll bahan...

Selamat mencuba...

Kerang dengan Pisang Muda


Arwah mak mertua benar masak gulai pisang....jika takda kerang arwah suka kawankan dengan ikan bilis, udang, ikan masih dan lain-lain....

Ini cara saya masak gulai kerang dengan pisang muda...

Sambal Kari Udang


Salam, jika anda beli udang besar dan tak tau nak masak apa, jom cuba buat sambal udang berkari...sebenarnya cara masak sama seperti masak kari, cuma ia kering tanpa kuah...

Wednesday, October 7, 2020

Rendang Udang


Udang juga boleh dibuat rendang...caranya sama macam buat rendang kerang, ayam dan daging...cuma masaknya tak lama...saya guna Thermomix untuk blend dan masak kuah rendang sebelum pindahkan ke kuali untuk proses seterusnya...

Thursday, October 1, 2020

Kari Nanas Ikan Masin

Kari nenas dengan ikan masin, sedap...namun bukan semua orang suka...
Cara buatnya sama seperti buat kari ikan...anda boleh guna rempah kari ikan atau rempah kari khas untuk ikan masin keluaran adabi...

Tuesday, September 29, 2020

Ikan Masin Talang tumis Asam Jawa


Pembuka selera, sedap makan dengan nasi panas-panas...

Goreng dulu isi ikan talang, ketepikan...

Hiris bawang merah kecil 5 ulas atau bawang besar 1 biji, bawang putih 3 ulas, halia 1/2 inci, cili kering 3 biji, cili hijau 1 biji

Air asam jawa secukupnya...

Tumis bahan hirisan dan setengah sudu teh biji sawi hingga keperangan...masukkan air asam jawa secukupnya...biar mendidih...

Masukkan ikan masin goreng tadi, masukkan perisa jika suka, masukkan sedikit gula merah, kacau rata, biar renih seminit...

Angkat dan hidangkan...

Itu jer...

Ikan Bilis celup Tepung


Ikan bilis putih...sedap digoreng dalam tepung cucuq

Monday, September 28, 2020

Tumis Tahu dan Udang dgn Sos Tiram dan Kicap Manis...


Tahu atau tokua ada bermacam jenis, ada yang sangat lembut dan ada yang keras...saya suka tahu yang lembut tapi jenis yang senang dimasak...kadang-kadang ada tahu yang mudah hancur...

Sambal Udang Kering


Sedapnye, sambal udang kering makan dengan roti atau biskut atau dengan pulut dan kelapa....sangatlah..ummmmp....:)

Sunday, September 27, 2020

Sambal Sotong

Tengoklah sambal sotong tu...hehe...merah dan berlenangan minyaknya....sedap tau....:)
Saya buat sambal sotong ni untuk kawankan dengan nasi lemak...sekali sekala tukar selera...selalu nasi lemak kawan dengan sambal ikan bilis, tapi kali ni tokma masak sambal sotong pulak...

Rendang Kerang dengan Pucuk Paku

 

Rendang kerang dengan pucuk paku, terdapat banyak resepi rendang sebelum ini...

sama sahaja caranya...

Ikan Bilis Goreng dengan Terung Telunjuk dan Bawang


Pembuka selera, jika tengah takda selera goreng saja ikan bilis dengan apa-apa bahan...
pasti lalu makan punya...hehe...

Saturday, September 26, 2020

Ikan Tenggiri Masak Cuka


Masakan ringkas dan sedap, kalau ada lauk macam ni, tak perlu dah lauk lain...my feveret...letak bawang banyak-banyak ganti sayur...

Sambal Udang Petai dan Tempoyak


Sambal udang dengan petai dan tempoyak...sedap...

Bagaimana nak buat sambal udang...semua orang pun tahukan...:)

Friday, September 25, 2020

Deep Fried Dory Fillet

Fish and chip kegemaran ramai, tokma juga suka makan fish and chip, terutama kalau pi oversea, negara yang susah nak dapat halal meat...jom kita buat sendiri kat rumah...

Kari/Masak Lemak Clam


Salam, hari ni saya nak share foto gulai clam ni...actually saya beli frozen clam meat kat giant 2 hari lalu....angan-angan nak buat clam chowder...tapi tak jadi...takut tak laku...:)

Ikan Siakap masak Masam Manis

tak nampak dah ikannya...

Cantikkan warna-warni photo atas ni...masakannya simple je, tapi saya suka tengok colournya yang ceria macam ni...ikan siakap tu saya tak buang sisiknya sebab tak mau soggy nanti bila dituang sos...bersihkan semua bahagian dalamnya kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan taburkan sedikit tepung supaya bila goreng nanti nampak cruncy sikit...goreng deep fry dalam minyak yang banyak dan panas hingga masak dan garing...letak atas pinggan hidang...