Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Thursday, October 15, 2020

Sambal Daging Cili Hijau


Sebab warnanya hijau, saya namakan sambal daging cili hijau kerana sambal tersebut menggunakan cili hijau besar dan kecil semata semata-mata...

Tuesday, October 13, 2020

Ayam Masak Merah


 Ini adalah ayam masak merah resepi tokma...ayam masak merah ni sebenarnya lebih kurang seperti sambal ayam, bahannya tak jauh berbeza...bawang-bawang dan cili...jom tengok cara saya masak
 Ayam Masak Merah...

Friday, October 9, 2020

Sambal Jering

Anda makan jering?

Ramai orang yang suka makan petai tapi tak pernah/suka makan jering...jering dan petai adalah dalam rumpun yang sama...cuma berbanding bau, petai lebih menusuk kalbu berbanding jering...jering is one of my favourite...pembuka selera...

Sambal Belacan Opah


Samabl belacan stail #mymum Opah

Opah rebus dulu semua bahan iaitu

Cili merah besar, cili padi dan bawang besar sikit sehingga layu

kemudian diblender atau ditumbuk

Tambahkan garam, gula, perisa dan asam jawa atau asam limau

 

Thursday, October 8, 2020

Sambal Durian

 

Ini adalah sambal durian, bukan sambal tempoyak ye...

Saya memang suka sambal durian manis berbanding sambal tempoyak yang masam...

Jika durian baru lagilah sedapp...

Tumbuk cili merah dan campurkan cili padi jika suka pedas dengan sedikit garam...hingga lumat

Perisikan durian dan campur ke dalam sambal

Gaul rata...

Yummm!!!

Thursday, October 1, 2020

Sambal Telur dengan Bawang Goreng


Hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh pun hitam ku pandang manis...
memang betul, walaupun rupanya tidaklah lawa tapi rasanya...sedap...

Monday, September 28, 2020

Sambal Udang Kering


Sedapnye, sambal udang kering makan dengan roti atau biskut atau dengan pulut dan kelapa....sangatlah..ummmmp....:)

Sunday, September 27, 2020

Sambal Sotong

Tengoklah sambal sotong tu...hehe...merah dan berlenangan minyaknya....sedap tau....:)
Saya buat sambal sotong ni untuk kawankan dengan nasi lemak...sekali sekala tukar selera...selalu nasi lemak kawan dengan sambal ikan bilis, tapi kali ni tokma masak sambal sotong pulak...

Friday, September 25, 2020

Sambal Belacan Buah Kuini

 Anda pasti tahu bezakan buah kuini dan mangga...bau buah kuini sangat ketara...bau wangi buah...menyelerakan hehe...

Thursday, September 24, 2020

Cili Boh dengan Thermomix

 

Buat cili blender dengan Thermomix paling mudah...sebabnya...dalam tu anda blender dlm tu juga anda rebus atau masak cili tersebut utk hilangkan baunya...

Sunday, September 20, 2020

Sambal Kelapa


Sambal Kepala sedap dicicah dengan ulam mentah seperti ulam raja, kacang botor, salad, ulam pegaga, pucuk gajus, daun selom dll atau digaul dengan ulam-ulam yang dihiris nipis...

Friday, September 18, 2020

Sambal Nasi Lemak Opah

Sebut saja nak makan apa untuk sarapan, pasti terbayangkan nasi lemak...my mum dan mak mertua mempunyai cara mereka sendiri bagi menyediakan nasi dan sambal nasi lemak...

My mum suka tambahkan sedikit lada hitam manakala mak mertua pula lebih suka letak sedikit jintan dan halba....namun kedua-dua resepi memang sedap...

Tetapi, apa yang membuarkan nasi lemak lebih sedap lagi adalah sambalnya,..sambal adalah pelengkap kepada nasi lemak yang sedap...begitu juga sebaliknya...

Menyediakan sambal nasi lemak ada pelbagai cara dan ini adalah cara Opah (my mum) sediakan sambal nasi lenak...

 

Sambal Belacan


Ini adalah cara saya buat sambal belacan

Celur cili merah dan cili padi dan lain-lain bahan sebentar (dlm 2 minit air mendidih)

Kemudian tumbuk/blend seperti biasa, ditambah belacan, garam dan gula merah sedikit

Akhir sekali masukkan perahan air asam jawa


Sambal belacan yang dicelur sedikit lebih sedap aromanya berbanding sambal cili segar/mentah...

Selamat mencuba.

Monday, September 14, 2020

Petai dan Sambal Ikan Bilis dgn Petai


Ini adalah entri pertama untuk blog 1001resepi versi baru. Sebenarnya tiada apa yg baru, sama jer cara penyampaian :)

Ceritanya;

Hari minggu lalu saya ke Kota Bharu, ada hal sikit...KB memang best untuk jjcm, banyak jenis makanan yang boleh kita cuba...gerai, warung, restoran, cafe berderetan di tepi jalan...nanti InsyaAllah saya akan share beberapa jenis makanan yang saya cuba di sana...

Saturday, September 12, 2020

Cili Kering


Assalam,
Entri kali ni saya nak share beberapa jenis cili kering yang dibeli dari tesco dan kedai runcit berhampiran untuk projek sambal tumis saya ni...tujuan, saja nak lihat perbezaan antara satu cili kering dengan cili kering lain bila dah jadi sambal tumis...mana yang lebih pedas dan yang kurang pedas...selama hari ni saya tak pernah ambil tahu jenis cili kering, main beli jer mana yang dicapai dek tangan....bila nak masak sambal baru perasan....kenapa cili ni warna camni? kenapa yang ni kurang pedas? yang ni cili jenis yang mana?....hmmmmm....

Friday, September 11, 2020

Sambal Sardine


Entah dah berapa kali saya share resepi sambal ni kan 😑

takpa, kita share sekali lagi...kot ada tak jumpa yang lama...

ada banyak cara masak ikan sardin...ini salah satu cara yg saya suka...

Thursday, September 10, 2020

Sambal Ayam


Jom masak sambal ayam paling simple style saya 😀

lumur ayam dengan garam kunyit dan sedikit tepung....
gaul rata dan biarkan satu jam

Sambal menyambal ni adalah resepi masakan paling mudah...cuma yg tak seronok, setiap kali lepas masak sambal dapor mesti messy sangat...dengan percikan minyak dan sambal...memang tak boleh nak elak :)