Tuesday, October 13, 2020
Mee Segera dengan Kari Ayam
Teringin nak makan mee dengan kuah kari ayam...since takda mee kuning, mee maggi pun oklah...tapi sedaplah juga mee segera kawankan dengan kari ayam...:)
Home made Jeruk Mangga
Jeruk mangga muda...mangga ni datangnya dari pokok tepi rumah saya...tak sangka akhirnya ia berbuah lebat juga...#mymum yang tanam...
Breakfast...Sosej, Hashbrown, etc...
Sarapan yang mudah...semua masak dalam satu bekas/kuali/pan...guna pan yang berat dan lebar...hidangan ini cukup untuk 2 atau 3 orang...
Panaskan kuali leper yang lebar, renjis sedikit minyak atau butter...susun hash brown dan masak both side hingga keperangan...tolak ketepi dan masukkan pula sosej dan tomato dalam pan yang sama...bila tomato dah agak garing dan sosej dah masak...tolak ke tepi...pecahkan beberapa biji telur dan tambahkan baked bean...(lihat seperti foto di atas)
Boleh tambahkan sayuran dan lain2 bahan yang anda suka seperti mushroom, carrot, bell pepper dsbnya...
Taburkan herbs yang anda suka seperti parsley, basil, mix herbs, pepper, salt, sos cili dsbnya...
Hidang dengan roti bakar...
(repost from 2010)
Meehoon Goreng dengan Sosej
Jika sesak dan tiada perencah lain, sosej pun ok...janji sedap...
Masak ni kena kreatip kata orang tu, tak semestinya nak perfect dan cukup bahan baru boleh masak...kekadang tu saya hanya masak apa yang ada dlm peti sejuk aja...selalunya memang tak cukup itu ini...namun pandai-pandailah nak bega jadi sedap kannn....hehe...
Nasi Tomato - Resepi Lama
Sayur Lemak Peria

Peria memang pahit, tapi jika kena gaya masaknya, yg pahit pun jadi sedap...kata orang peria banyak membantu dari segi kesihatan...kat Jepun ada yang hidup melebihi 100 tahun kerana mengamalkan makan peria...Wallahhuaklam...setiap yg Allah jadikan itu ada kelebihan dan kekurangan...dan peria walaupun pahit, tinggi khasiatnya...
Dhal Ayam
Tahu Goreng dengan Kacang Panjang
Tahu atau tofu...boleh dimasak pelbagai cara...paling simple goreng kosong dilumur dengan garam kunyit...cicah dengan sambal kecap...sedap...
Ayam Masak Merah
Ini adalah ayam masak merah resepi tokma...ayam masak merah ni sebenarnya lebih kurang seperti sambal ayam, bahannya tak jauh berbeza...bawang-bawang dan cili...jom tengok cara saya masak
Ayam Masak Merah...
Subscribe to:
Posts (Atom)