Resepi ini saya guna silicon mold yang berbentuk bulat dan berlubang dibahagian tengah....silicone adalah bahan tahan panas...ia tidak melekat dan sangat popular dikalangan baker yang gemar baking pelbagai bentuk kek...
Friday, September 18, 2020
Sambal Nasi Lemak Opah
Sebut saja nak makan apa untuk sarapan, pasti terbayangkan nasi lemak...my mum dan mak mertua mempunyai cara mereka sendiri bagi menyediakan nasi dan sambal nasi lemak...
My mum suka tambahkan sedikit lada hitam manakala mak mertua pula lebih suka letak sedikit jintan dan halba....namun kedua-dua resepi memang sedap...
Tetapi, apa yang membuarkan nasi lemak lebih sedap lagi adalah sambalnya,..sambal adalah pelengkap kepada nasi lemak yang sedap...begitu juga sebaliknya...
Menyediakan sambal nasi lemak ada pelbagai cara dan ini adalah cara Opah (my mum) sediakan sambal nasi lenak...
Sambal Belacan
Ini adalah cara saya buat sambal belacan
Celur cili merah dan cili padi dan lain-lain bahan sebentar (dlm 2 minit air mendidih)
Kemudian tumbuk/blend seperti biasa, ditambah belacan, garam dan gula merah sedikit
Akhir sekali masukkan perahan air asam jawa
Sambal belacan yang dicelur sedikit lebih sedap aromanya berbanding sambal cili segar/mentah...
Selamat mencuba.
Sup Ikan Merah
Sup ikan merah yang mudah dibuat. Saya menggunakan periok tanah (clay pot) kerana aromanya yang enak dan sudah pasti kelainan dari segi rasa (lebih sedap terutama jika masak kari). Clay pot banyak dijual di supermarket seperti Giant, Tesco, Carefour dan kedai-kedai runcit Cina. Banyak kegunaan clay pot dan harganya tidaklah mahal. Untuk saiz ini harganya cuma RM12 di Giant.
Subscribe to:
Posts (Atom)