Thursday, September 17, 2020

Begedel Daging


Begedel, boleh dimakan begitu saja, campur dalam sup atau soto....jika kentang digoreng ia lebih mudah dibentuk berbanding kentang yang di rebus.... 

Pumpkin Pie

Pie yang sedap, wbp, banyak kerja sikit jika nak buat....namun berbaloi...
Resepi ini saya perolehi dari buka masakan SHARP microwave oven...

Peach Cobbler


Peach Cobbler adalah dessert yang sedap...senang untuk disediakan...saya biasa buat resepi ni sejak lama dulu...back in year 2004...tapi kerana resepinya ntah hilang ke mana dan saya pun malas nak mencari kat internet, maka ia seolah dilupakan...

Apam Tepung Beras


Cubaan pertama membuat apam walaupun tak secantik dan sempurna rupanya...tak pernah terlintas di fikiran untuk buat apam walau pun kueh ni memang kueh kegemaran saya....selain makan dengan kelapa, apam juga sedap dimakan cicah dengan kari, sambal sardin, sambal bilis dsbnya....

Nasi Tomato

Resepi nasi tomato ni saya pasti semua orang pandai buat, kannnn

Jom tengok Nasi Tomato versi tokma :)

Cara masaknya lebih kurang begini...

panaskan minyak sapi...

tumis bawang merah (3 ulas), 

bawang putih (2 ulas),    halia 1 inci

(semuanya ditumbuk lumat) 

dengan kayu manis dan bunga lawang hingga wangi...masukkan 2 cawan beras basmati yang telah dicuci dan ditoskan...kacau 2,3 minit...kemudian masukkan beras tersebut ke dalam rice cooker...masukkan 3 cawan air dan 1 cawan tomato puri, garam, kiub ayam/daging dan masak hingga nasi kering...

taburkan  raisin, biji gajus, bawang goreng...hidang dengan acar buah, rendang, korma, dalca dll...

Terima kasih sudi baca :)
(repost from 2010)

Hazelnut Cookies


Sangat sedap...resepi ini saya perolehi dari buku resepi Australian Women's Weekly, the big book of beautiful biscuits...wp biskut ni nampak plain namun rasanya sedap...bagi yang creative pasti boleh cantikkan cookies ni dengan icing and sprinkles...atau drizzle dengan chocolate cair atau icing sugar...since saya tiada bahan-bahan tersebut maka biskut ni remain plain...

Tiramisu


Hidangan dessert yang mudah dan boleh dipelbagaikan...Tiramisu sangat popular satu ketika dulu...
Jom kita cuba buat...

Asam Pedas Ikan Terubuk Masin


Tokma tak berapa pandai masak asam pedas...kita orang utara bukan orang Melaka :)
Tapi kerana nak makan juga dan terlanjur ada ikan terubuk masin yang datang dari jauh maka saya cuba juga masak berpandukan beberapa resepi dari tenet...