Saturday, October 17, 2020

Kari Ikan Bawal Cermin


Untuk tumis rempah kari ini saya guna Thermomix...sangat mudah...
kerana alatan tersebut akan blend bawang2 dan tumis sekali...

Bahan-bahan tumisan

5 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih

saya blend dulu dalam thermomix

kemudian tuang 1/3 cawan minyak dan masukkan daun kari dan halba campur

Tumis selama 15 minit pada 100C


Kemudian saya masukkan 5 sudu besar rempah kari ikan dan 1 cawan air dan terus masak dalam 

Thermomix selama 20 minit lagi pada suhu 100C


Bersihkan ikan dan susuh dalam periok, saya guna periok Le Creuset yang besar untuk 2 ekor ikan bawal cermin yang besar...periok Le Creuset ni memang sesuailah untuk masak masakan yang heavy seperti curry ni...badannya yang memang diperbuat dari besi :) memang panas merata dan tak perlu api yang besar...

Tuangkan rempah dari Thermomix ke atas ikan, tambah air asam dan santan secukupnya...masukkan sekali bahan perencah lain seperti bendi dan terung...seasoning...tutup periok dan masak atas api sederhana sehingga sayur empok...dan naik minyak...

Pastikan secukup rasa ye...


Jika tiada Thermomix boleh saja masak atas stove...since dah ada Thermomix tokma pun malaslah nak mercik minyak sana sini...hehe...

1 comment:

  1. terbaik cara tokma masak, mesti pantas zaman ni, dah ada gajet canggih, tak perlu nak buang masa dan tenaga.. janji perut seisi rumah, kenyanggggg

    ReplyDelete