Tuesday, October 20, 2020

Pulut Ayam


Pulut kukus makan dengan ayam goring, sos cili manis dan bawang goreng...ini adalah makanan Thai yang popular terutama bahagian selatan yang besempadan dengan Malaysia...


Teringat pula nak makan pulut dengan ayam goreng dan sos cili...maka saya pun tanaklah pulut...letak santan sikit, daun pandan dan garam...itu sahaja...air untuk masak pulut kurang sikit dari air untuk masak nasi...

Ayam pula saya gaul dengan serbuk mccormick buffalo wings seasoning mix dan biarkan setengah jam....kemudian goreng dalam minyak banyak.atau anda boleh gril atau bakar dalam oven hingga masak...


Buatkan sos cili ni....caranya...tumbuk hingga lumat 4 biji cili merah besar (buang bijinya), 5 biji bawang putih...

Masukkan ke dalam periok kecil, tambahkan air (banyak), 1 sdb cili blender atau lebih jika anda suka pedas, cuka 1/2 sdk, garam, perisa dan gula 3-5 sudu besar (atau lebih)....supaya rasanya ada manis, pedas dan masam sikit...

Didihkan sehingga agak pekat....bancuh 1 sudu kecil tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam sos cili...kacau sebentar dan padamkan api...


Buat bawang putih goreng...seperti bawang merah goreng juga...hidangkan pulut dengan ayam dan cili sos serta taburkan bawang putih goreng....sedap...
(repost from 2012)

2 comments: