Saya guna tepung pau dan bukan tepung biasa...hasilnya...lihat sajalah, gebu kan...
jom cuba resepinya yang saya petik dari mauripan yis recipes:
Bahan-bahan:
500g tepung pau bluekey 1 sachet serbuk yis
3/4 cawan air 1/3 cawan susu tepung
(since takada susu tepung saya campurkan 1/2 cawan air dengan 1/4 cawan susu sejat)
1 biji telur 1/2 cawan marjerin cair
3 sudu besar gula pasir halus
1 sudu besar garam 1/2 sudu besar baking powder
Cara membuatnya:
1) Gaulkan tepung dengan yis segera...masukkan telur, marjerin, garam, baking powder...
2) Larutkan gula dalam air (atau susu) dan tuangkan ke dalam tepung...
3) Gaul hingga adunan menjadi seketul doh dan uli hingga kenyal (dalam 10 minit)...
ketepikan selama 30 ke 60 minit atau hingga doh mengembang...
4) Tumbuk sekali pada bahagian tengah doh...keluarkan dan canaikan adunan...
terap ikut acuan yang anda suka...
5) Ketepikan dan biarkan ia mengembang....antara 15 ke 20 minit...
6) Bakar selama 10 minit pada suhu 180C (adjust masa dan suhu ikut jenis oven anda)
Hasilnya...memang sedap, tak salah jika anda guna tepung pau untuk buat donut...
Selamat mencuba
(repost from 2011)
akak ni memang kreatif. dari dulu lagi. saya suka makan doughnut, tapi tak pernah terfikir nak buat bentuk heart. terima kasih sebab banyak membuka minda.
ReplyDeletecantik sgt....nampak yummy!
ReplyDeletesalam perkenalan....anak2 saya suka sgt makan donat kecil2 nie...nanti saya nk try jugalah ikut resepi nie...nampak sedap...
ReplyDeleteKKida sihat ya hendaknya..
ReplyDeleteManisss.. bahagianya kekanda anakanda :-)
saya pun love kak ida jugaklah...boleh dapat dona tu seketul dua... :)
ReplyDeletekkida,
ReplyDeletekalau makan donut love ni mesti tangkap cintan selama-lamanya. kreatif kkida.
kkida love anda semua juga...terima kasih kerana sukakan resepi kkida ni...:)
ReplyDeletebestnyer donut dan comey sekali bentuk heart..i love it..
ReplyDelete