Sunday, September 27, 2020

Ikan Bilis Goreng dengan Terung Telunjuk dan Bawang


Pembuka selera, jika tengah takda selera goreng saja ikan bilis dengan apa-apa bahan...
pasti lalu makan punya...hehe...


Saya guna ikan bilis halus dan terung kecil panjang (terung telunjuk), cili kering/cili padi dan 
bawang besar atau bawang kecil...

Goreng ikan bilis garing...angkat dan ketepikan...

Kurangkan minyak dalam kuali, tinggalkan sikit je...

Buka semula api, masukkan terung telunjuk dan kacau supaya ia lembut...

Masukkan bawang besar, cili kering, cili api dan kacau hingga semuanya wangi dan 
bawang hampir kekuningan...

Akhir sekali masukkan balik ikan bilis...masukkan sikit serbuk cube atau perisa...hidang panas...

Yummy!!!

(repost from 2011)

5 comments:

  1. sesekali makan macam ni memang sedap kak ida...saya suka...makan dengan nasi panas panas...pergghh..

    ReplyDelete
  2. sedap tu Ikan bilis tu, saya kalau hari2 lauk tu tak apa, almaklum orang kg :)..sebab saya memang kureng skit kari tekari :D
    courier skit ke jalan riong boleh Kak Ida?hehehehe

    ReplyDelete
  3. ezzah,
    pembuka selera...takda lauk lain pun takpa dah...

    ReplyDelete
  4. ix,
    kkida pun org kampung...semua org pun org kampung datang dok kat pekan...hehe...nantilah kkida poskan...bagi alamatnye...:)

    ReplyDelete
  5. kena musim ujan ni mkn simple mcm ni mmg bukak selera....terlioq betoi chek tgk...hu3

    ReplyDelete