Tuesday, October 6, 2020

German Cookies stail tokma :)

Teringin sangat nak buat cookies ni bila terbaca beberapa blog yang menyebut-nyebut nama cookies ni...bila tengok bahannya sikit je...cuma ada 4 bahan dan kebanyakkan yang dah buat kata sedap...


since semuanya kata sedap,  pagi semalam saya pun buatlah...follow recipe exactly....

wbp masa nak bulatkan doh kecil-kecil saya terpaksa tambahkan tepung sedikit-sedikit kerana adunan agak lembik...ini mungkin sebab saya pukul mentega dan gula lama sangat....

bahan-bahannya adalah seperti berikut:

125g mentega

40g icing sugar

125g tepung kentang

80g tepung superfine

Pukul mentega dan gula icing hingga kembang...masukkan tepung dan gaul sebati...

(tambah tepung sedikit-sedikit jika perlu sehingga adunan boleh dibentuk bulat dengan jari...
saya tambah sekitar 3 sudu besar lagi)

Bentukkan doh bulat-bulat kecil...susun atas dulang dan tekan dengan garpu...

Bakar pada suhu 170C selama 12 ke 14 minit...


Saya bahagi 2 doh dan warnakan hijau dan merah supaya kelihatan ceria sempena syawal ini...
masa nak gentel bulat cubitkan sikit merah dan hijau dan guling atas tapak tangan...
tekan dengan garpu dan saya taburkan sikit dengan castor sugar supaya nampak cantik...

Saya akan simpan resepi ini...senang dan sedap...:)


(repost from 2013)

6 comments:

  1. selamat hari raya k.ida.. halalkan resipi dan ilmu yg diceduk dr blog k.ida ni ya..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya buat Nor juga...kkida halalkan...apalah sangat resepinya tu...:)

    ReplyDelete
  3. salam,

    kak ida, tepung kentang ni tepung apa yea? Memg kalau beli kat kedai dia tulis tepung kentang?

    salam ramadhan dan syawal.

    rina

    ReplyDelete
  4. salam rina,
    ye kkida beli brand tesco...namanya tepung ubi kentang/potato starch...
    salam ramadhan juga buat rina sekeluarga...tk...

    ReplyDelete
  5. salam kak ida.. suka sngt tngk resepi2 dn coretan2 kak ida kt sini.. salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri buat mas jua...terima kasih kerana suka dengan celoteh kkida kat blog ni ya...:)

    ReplyDelete