Tuesday, September 29, 2020

Fruits Yogurt Cake


Assalam,
foto atas tu adalah kek atau nak kata roti pun boleh yang saya buat semalam...simple yogurt cake...resepinya tak ingat dari website mana...

Semalam tokma gi Jaya Grocer dan beli satu tub yogurt Nestle 'fruit of the forest' yang warnanya purple...

Jika anda nak guna plain yogurt untuk resepi ni pun ok...warna kek akan putih atau kekuningan...oleh kerana yougurt yang saya guna warna gelap, maka warna kek pun jadi sedikit gelap...wbp, tetap sedap...


Bahan-bahan

1 cawan gula kastor

1/2 cawan butter

pukul kedua bahan ni hingga kembang


1 sudu teh vanilla (optional)

2 biji telur

masukkan dua bahan atas ni dan gaul rata


ayak bersama

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking soda

1/2 sudu teh baking powder


1 3/4 cawan plain yogurt

masukkan tepung dan yogurt beselang-seli ke dalam adunan dan gaul rata

tuangkan ke dalam baking pan yang telah digris dan dialas

bakar selama 30 ke 40 minit atau hingga masak pada suhu 180C

Keluarkan dan sejukkan sebentar sebelum dihidangkan...

(repost from 2011)

4 comments: