Saya nak kongsikan resepi yang sangat biasa orang buat, iaitu sagoo gula melaka atau gula merah...
Untuk resepi ini saya rendam 2 cawan sago putih selama sejam...tujuannya, supaya nanti taklah lama sangat nak merebusnya (jimat gas)...hehe...kalau tak nak rendam pun takpa...
Lepas sejam...masak air secukupnya hingga mendidih....masukkan sagoo yang direndam tadi dan terus kacau atas api perlahan hingga rupanya menjadi jernih seperti foto di atas...
Bila dah cukup jernih, tuangkan sagoo ke dalam tapis dan lalukan ke air paip hingga semua cairan sagoo hilang dan yang tinggal hanyalah biji sagoo yang dah kembang seperti diatas...
Masak seketul gula kabong atau gula melaka atau gula merah secukupnya dengan daun pandan hingga benar-benar pekat...
Tuangkan gula merah ke dalam bekas kecil seperti di atas....sudukan sagoo yang dah disaring tadi ke dalam mangkuk seperti foto di atas...tutup bekas dan sejukkan dalam peti sejuk...
Buat kuah santannya....saya guna satu kotak kecil santan dan sedikit air...air ni kena agak sendiri....jika suka santan pekat kurangkan air dan sebaliknya....tambahkan garam supaya rasanya lemak masin....panaskan atas api sederhana hingga mendidih sambil terus di kacau...alihkan dari api dan sejukkan...
Cara hidang, keluarkan sagoo ke dalam mangkuk dan siramkan dengan sikit santan tadi...
Sedapnya rasa tekak bila sagoo yang lembut dan lemak manis ni masuk melaluinya... sangat sesuai untuk juadah berbuka dan sangat mudah disediakan....selamat mencuba...
sedapnya makan time cuaca panas ek...kena terjah kedai cari sagu jap lagi ni. =)
ReplyDeletelepas ni, blehlah try stail 1001 Resepi ni pulak, mekasih, kak
ReplyDeletesuka kuih2 jenis sagu ni......
ReplyDeletesedappnya tengokk..
Sedap tu kak ida...nanti saya nak cuba buat resepi olahan kak ida ni..tq sebab bg mcm2 idea utk saya mencuba..
ReplyDeleteMR, kena buat hari ni juga ye!
ReplyDeleteSari, sama-sama...
Mas sedap tengok, makan lagi sedap.
Ezzah, sama-sama...
Kak Ida,.... bestnya... terasa2 kat tekak ni.... my fav. Saya berkenan dgn acuan sago akak tu... Akak beli kat mana?
ReplyDeleteDP,
ReplyDeleteacuan tu akak beli kat tesco...
Sedapnya... saya kalau bab2 dessert yg lembut2 x payah nak kunyah sgt ni, mmg fav
ReplyDeletekkdia,
ReplyDeletesalam pekenalan dari akak. akak dah cuba almond apple cake u tu...dan sago ni mmg peberet ....idea bagus ni..thanks 4 sharing..
as salam.My fav tu...sedap
ReplyDeleteSelamat berkenalan dari S'pore.....Saya suka blog ni
ReplyDeletesedapnya kalau makan semasa cuaca panas............... fevret saya ni :) saya link ke blog saya ya :)
Azkiah
oxox
MV,
ReplyDeletesejuk di tekak kan...tak perlu kunyah...terus telan je...:)
nor,
sedapkan apple kek tu...sama-sama..
herlyna,
ReplyDeletewaalaikumsalam...
as,
salam perkenalan, thanks kerana suka blog ni...silakan link jika sudi...tk...
kak ida..tumpang tanya, akak kata lepas tuang gula merah dlm bekas, sudukan sagoo keatasnyer..tak payah kacau ke sago tu ngan gula merah? airnya akan meresap ke sagoo tu ke?
ReplyDeletetak perlu kacau...gula tu akan meresap dengan sendirinya ke dalam sago tu...
ReplyDeletedah beli sago semalam.. tapi kt kedai tu ada kaler hijau..
ReplyDeletethks kak ida..nanti next week nak try buat pulak..
ReplyDeletekaklang,
ReplyDeletekaler hijau pun takpa...tak payah campur sekalilah gula merah tu...masa nak makan baru letak sekali dengan santan...
Saya tgh tunggu sagu sejuk dalam peti sejuk ni :) tak sabar nk mkn :)
ReplyDeletesaya pun suka..biasanya saya suka mkn dgn susu cair....^^
ReplyDeletepsst...acuan cantik tu beli kat mana? yg plastik tu...