Tuesday, October 20, 2020

Roti Iran dengan Meat Sos dan Cheese


Roti Iran ganti lasagna sheet...maka jadilah resepi seperti di atas...jika nak makan roti tersebut kosong ajer mesti tak habis..maka saya bega, dan hasilnya nampak sedapkan...

3 main ingredients...iaitu samada pasta atau roti...sauce....tak kira samada ready-made bottle sauce atau home-made sauce dan cheese...
  
Iranian Bread

Meat sauce:

1 bottle ready-made pasta sauce

1 can tomatoes, chopped

3 ulas bawang putih, chopped

3-4 tablespoon chili blender

daging kisar, anggaran 2-3 cawan

7-8 fresh white button mushroom, chopped

1 large onion, chopped

1/2 beef cube

salt and sugar to taste

Panaskan 3 sudu besar minyak, tumis bawang putih hingga wangi, 

Masukkan chili blender, kemudian masukkan daging...kacau hingga daging berubah warna....

Masukkan sauce dan tomato...biar mendidih...masukkan lain-lain bahan...kacau hingga kuah sejat...

....memang sesuailah roti ni untuk resepi seperti ini....mungkin sebab texturenya yang tebal dan lembut...mudah di bentuk....next time kalau terjumpa lagi roti ni bolehlah beli....saya rasa roti macam ni better than lasagna sheet...lebih chewey dan mudah serap flavour dari sos dan cheese..

Cara nak assemble roti dan meat saucenya...ikut seperti foto diatas...bentangkan roti atas meja, letakkan meat sauce atas roti pada bahagian yang pendek, taburkan cheese dan gulung roti...

Susun dalam bekas kaca tahan panas...
 
Untuk cheese, anda boleh guna mozarella dan juga parmesan....tapi jika ada lebih budget kedua-dua jenis cheese (foto) ni adalah sangat sesuai untuk resepi ini dan lebih sedap....ia sesuai untuk hidangan pasta...lihat jelah foto-foto yang kkida uploadkan ke entri ni...meleleh ayag lioq kan...

Selepas dah susun roti yang dah diisi dengan meat sauce dan cheese tadi (foto atas sana...)

Tuangkan lebihan meat sauce keatas roti...pastikan ia menutupi semua roti...
(sepatutnya kuantiti ingredients yang beri untuk meat sauce adalah lebih dari mencukupi)

Kemudian taburkan cheese atas meat sauce hingga menutupi semua permukaan meat sauce...sampai tak nampaklah meat sauce tu...taburkan daun basil kering dan chili sos jika suka...


Bakar dalam preheated oven selama 15 ke 20 minit pada suhu 190C atau hingga nampak cheesenya mula cair dan kekuningan... hidang panas-panas....yummy!
 
Jika ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk...preheat dalam microwave sebelum makan...
 

Jom buat...
(repost from 2011)

7 comments:

  1. duhh~~ tmpting..xsabo nk tgu resipini..
    hehe! =D

    ReplyDelete
  2. nak resepi.. nak resepi.. nak resepi.. hehe... sedapnye...

    ReplyDelete
  3. aduhh, looks so yummylicious, roti iran tu dah mcm sotong kering tu kak...droolinggg....

    ReplyDelete
  4. emmm..lazat sgt nmpk ...sekali tgk yg dh masak cam lasagna pun ada...

    ReplyDelete
  5. salam kak ida..sedap nampak nih...ala2 lasagna ya..

    ReplyDelete
  6. memang roti ni sangat sesuai ganti kepingan lasagna yang keras tu...rasanya lebih kurang sama je...tapi roti ni tak taulah ada jual kat mana lagi...kkida pun jarang jumpa...

    ReplyDelete
  7. Salam k.kida.. ada tak resepi yg guna tortilla? Mesti sedap klu k.kida punya version..

    ReplyDelete