Tuesday, October 13, 2020

Meehoon Goreng dengan Sosej


Jika sesak dan tiada perencah lain, sosej pun ok...janji sedap...

Masak ni kena kreatip kata orang tu, tak semestinya nak perfect dan cukup bahan baru boleh masak...kekadang tu saya hanya masak apa yang ada dlm peti sejuk aja...selalunya memang tak cukup itu ini...namun pandai-pandailah nak bega jadi sedap kannn....hehe...

Buka peti sejuk tengok ada sayur cet sana cet sini (maknanya ada sikit-sikit)...
Bolehlah kalau nak campur dalam meehoon goreng...togeh sikit, kobis sikit, carrot sikit dan sawi sikit...buka pula freezer nak cari daging atau isi ayam...takda...udang pun takda...yang ada cuma kerang...last-last keluarkan sosej, defrost dan hiris nipis...dan akhirnya jadilah meehoon goreng yang serba sikit bahannya ini...

Saya guna lebih bawang putih dan kurang bawang merah utk tumis (tumbuk)
jika tak ada cili padi cili blender pun ok...
Suka meehoon yang ada rasa pedas dan manis...

Selain itu saya juga suka tambahkan sedikit udang kering, tumbuk dengan bawang...
Jika tiada udang kering, udang kepal/gragau pun sedap campur dalam meehoon...

Jangan lupa pecahkan 2 biji telur ke dalam bahan tumis...
takda telur memang tak sedaplah meehoon tersebut...

Untuk perisanya selain garam dan gula saya suka letak kiub atau sos ikan, kicap manis dan sedikit sos cili...

Perencahnya pelbagaikan...sayuran dan tofu atau meatball...terpulang selera...kebiasaannya saya suka meehoon dengan sayur sawi, kobis, carrot, tauge, tahu, kucai, daun sup dan daun bawang dan bawang goreng...dan jika suka sedikit masam boleh letakkan hirisan limau tepi piring hidangan...terpulang pada selera masing-masing...

Ada 1001 cara goreng meehoon, dan ini cara tokma...:)
(repost from 2011)

1 comment: