Buah blueberry adalah sangat sinonim dengan muffin/kek dan ramai yang suka buat kek dan muffin guna buah ini...dan hari ini saya juga nak cuba buat blueberry muffin...jom semak resepinya...
Setelah mencari, akhirnya saya ikut resepi ini dan one of the best muffin yang pernah saya buat...yummy!
Resepi ni telah saya ubahsuai mengikut citarasa sendiri...
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung pastry)
3/4 cawan gula (saya guna 1/2 cawan je...)
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil baking powder
ayak tepung dan baking powder kedalam mangkuk....masukkan garam dan gula...gaul sebati...
1 biji telur
1/3 cawan vegetable oil
1/3 cawan susu (saya guna buttermilk)
Campurkan minyak dan telur dalam bekas berukuran satu cawan...
kemudian tuangkan susu atau buttermilk sehingga jumlah liquid menjadi ngam satu cawan...
1 cawan blueberry...
Perlahan-lahan tuangkan campuran susu, telur dan minyak ke dalam bahan kering dan gaul perlahan asalkan semua bahan kering dan cairan bergaul rata...masukkan buah blueberry...gaul...
Sudukan batter ke dalam muffin pan/cup yang telah dilenserkan dengan minyak/butter,
isi hingga hampir penuh dan kemudian taburkan topping atasnya...
Bakar pada suhu 200C selama 25 minit....(reheated oven)
Bahan Crumble (Optional)
1/2 cawan brown sugar
1/3 cawan tepung (tepung ni mungkin kena tambah sikit lagi kerana kurang crumblenya)
1/4 cawan butter, cubed (atau kurangkan jumlah butter ni i/o tepung)
1 sudu besar cinnamon powder
(gaul semua bahan rata)
Jika tak nak letak crumble/topping atas kek ni, jangan kurangkan kuantiti gula...
(3/4 cawan-jangan kurangkan)
Hasilnya sangat memuaskan, selamat mencuba...
(repost from 2011)
cicah dengan teh o kosong muffin KAK IDA ni, perghhhh!Muffin ni kalau dibeli di bakery punyalah mahal, dah nak makan, saya beli jugalah :)
ReplyDeletesenang sangat buat ixora...jangan beli...rogi....:)
ReplyDeletewahhh kak..sedappnya tengok mapin tu....
ReplyDeleteAssalamulaikum kak ida
ReplyDeleteCT memang suka buah blueberry. kalau buat kek pun sedap gak letak ni kan kak. mengiurkan tengok muffin ni.
mengancam sungguh...ada masa nti mesti saya try resepi ni...
ReplyDeletekak, buah tu guna yg fresh ker?
Mas, CT...sedap...senang je bancuhannya...cubalah...
ReplyDeleteIzan,
itu buah blueberry fresh...kalau takda yang fresh, frozen pun ok...
kak ida, ini recipee untuk berape piece kek??
ReplyDeletenyampah...sedap sangat
ReplyDeleteoliver,
ReplyDeletekkida buat besar, jadi dapat 6 biji je...
NBK,
nyampah...meleleh ayaq lioq...hehe...