Monday, October 12, 2020

Spaghetti Kuah Ikan Sardin


Saya cuba olah sardin dalam tin menjadi seperti kuah laksa...teringat mak saudara yang pernah jadi guru masakan di ipoh buat kuah laksa menggunakan ikan sardin tin dan memang sedap...

Bahan-bahannya

2 tin besar sardin, hancurkan

1 tin besar buah tomato, hancurkan

2 cawan santan pekat

air

daun kesum dan daun pudina


Bahan tumis

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan serai ketuk (kuantiti terpulang kepada anda)

Cara

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis, bila wangi masukkan tomato tin dan kacau hingga mendidih.

Masukkan sardin dan air (anggaran 2 cawan) dan biarkan mendidih. masukkan santan dan renihkan selama 10 ke 15 minit. 

Tambahkan garam, gula dan perisa. jika suka kuah yang pedas tambahkan cili padi tumbuk dan jika suka kuah yang pekat tambahkan santan lagi. 

Rasanya mestilah lemak, masin, manis, masam dan pedas.

Kuah ni sesuai dimakan dengan spaghetti, mee segera, meehoon, laksa dsbnya...
garnish dengan daun pudina, salad dan timun serta asam limau...


Selamat mencuba
(repost from 2011)

4 comments:

  1. Kak Ida,
    Saya dah cuba resipe ni, memang sedap, anak saya suka. Saya tambah sikit belacan bersama bahan2 untuk dikisar dan saya tambah sedikit air asam jawa untuk dapat kan rasa masam manis. Pergh! Memang best! Thank you Kak Ida.

    ReplyDelete
  2. sorrylah zuraini,
    lambat pula kkida balas komen ni...sama-sama...thanx kerana mencuba resepi ini...:)

    ReplyDelete
  3. kak...amount bahan2 ni utk brape org makan?

    ReplyDelete
  4. nita,
    depands lah...akak rasa 5,6 oranglah kot...

    ReplyDelete