Rendang tak semestinya hanya daging dan ayam, kerang juga sedap dibuat rendang. Caranya sama seperti buat rendang biasa, cuma bahan utama adalah kerang...
Saya tiada resepi yang tepat bagi menyediakan rendang kerang...bahan-bahan utama adalah bawang merah, bawang putih sedikit sahaja, halia, lengkuas, serai dan cili kering/cili padi atau cili blender, sedikit serbuk kunyit, daun kunyit dan daun limau purut, santan dan sedikit kerisik serta asam keping atau air asam jawa.
Kerang dicelur dan dikopek, kuantiti terpulang...boleh tambah bahan sampingan lain seperti, kacang panjang, petai, nangka muda, peria, pucuk paku, pucuk ubi dsbnya.
Cara membuatnya lebih kurang begini...
Blender...
Serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili padi, kuantiti bahan tergantung pada kuantiti kerang anda...jika buat gravy lebih sikit pun ok....
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, tumis bahan blender dan 2,3 sudu besar cili kering blender...kacau hingga wangi dan pecah minyak...masukkan pati santan dan kacau biar mendidih dan pekat sedikit, masukkan garam, dan perisa serta asam keping...
Masukkan petai, kacang panjang dll bahan dahulu, biar empuk sebentar sebelum masukkan isi kerang dan kerisik...kacau hingga hampir kering,
Akhir sekali masukkan daun limau dan daun kunyit yang dihiris halus...kacau sekali-sekala hingga kering. Hidangkan dengan nasi dan roti dll.
(repost from 2011)
wa... petai peberet aibaks tu.. da lama tak pekene patai.. mana nak jumpe kat kl ni ye?
ReplyDeletesuka sangat rendang udang,manis......sedap hingga menjilat jari.......
ReplyDeleterendang kerang x pernah buat nak cuba nih........
ReplyDeletefirst time dengar resepi nie.. nie klu masak resipi baru.. klu sedap mesti ramai yg tambah.. nak cuba laln dari yg ln..
ReplyDeleteSaya pun first time dengar, rendang kerang petai kacang panjang. Mesti sedap nih. Kena cuba bila ada kelapangan nanti. A variety to kerang cooking;-)
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletesemua kena cuba buat ni ya....sekali-sekala kita tukar selera...:)