Daun kemangi memang wangi...buat ulam memang sedap...di Indonesia mereka banyak menggunakan daun ini dalam masakan dan sebagai ulam...
Ketika travel di sana saya makan ikan yang dikukus dengan daun ini...balik rumah cuba buat..
Saya guna ikan kembung kecil...sebab takda daun pisang saya guna aluminium foil sahaja...
Letakkan 2, 3 ekor kembung, taburkan dengan sedikit garam dan sos ikan
Taburkan bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup (semuanya dihiris)
Kemudian perahkan limau nipis dan letakkan daun kesum dan daun kemangi
Dan akhir sekali masukkan sikit santan (dalam satu sudu besar, optional)
Lipat dan bungkus foil elok-elok dan letakkan atas pengukus dan kukus selama 10 ke 15 minit...
Kalau orang nak diet eloklah makan macam ni 😊
(repost from 2011)
wah menarik ni saya suka ikan kukus...dan bagus untuk kesihatan...:)
ReplyDeleteMENYELERAKAN
ReplyDelete