Tuesday, October 13, 2020

Sayur Lemak Peria


Peria memang pahit, tapi jika kena gaya masaknya, yg pahit pun jadi sedap...kata orang peria banyak membantu dari segi kesihatan...kat Jepun ada yang hidup melebihi 100 tahun kerana mengamalkan makan peria...Wallahhuaklam...setiap yg Allah jadikan itu ada kelebihan dan kekurangan...dan peria walaupun pahit, tinggi khasiatnya...

Masak lemak peria 

Bahan-bahan

I biji peria, belah dan buang biji dan hiris tebal

Udang hidup, kecil atau besar terpulang, secukupnya

Santan secukupnya...


Bahan tumbuk

1 biji cili merah         3 biji cili api

3 biji bawang merah           2 biji bawang putih

sedikit udang kering


Cara masak

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga keperangan...

Masukkan air secukupnya...masukkan peria dan renih sebentar hingga empuk...

Masukkan 1/2 sdt serbuk kunyit...

Masukkan asam keping jika suka kuah sedikit masam (optional)

Masukkan udang dan kemudian santan...season dengan garam dll

Bila udang dah masak baru angkat dan hidangkan...

(repost from 2010)

No comments:

Post a Comment