
Saya tak ingat dari mana saya perolehi resepi ini...tapi ia adalah sejenis manisan dari negara India atau Timur Tengah...pernah makan kudapan ini semasa travel ke salah satu negara tersebut...dan nama manisan ini adalah Beaboosa
Bahan-bahan
360g tepung semolina 160g tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk penaik 240g gula
250g minyak 250ml susu segar
Bahan sirap
480g gula 500ml air
1 biji lemon (jus) 3 sudu teh madu
Cara Membuat
Campurkan semolina, tepung, serbuk penaik dan gula.
Kemudian masukkan minyak dan susu.
Kacau hingga sebati.
Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 180C.
Tuang sirap keatasnya.
Sirap
Campurkan semua bahan sirap dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih.
SELAMAT MENCUBA
(repost from 2010)
kat mana nak dpt tepu semolina..tq
ReplyDelete